Peluang Kerjaya

Pengenalan

Peluang kerja semakin berkurangan kesan kemajuan teknologi. Banyak perkara yang sebelum ini dilakukan oleh manusia kini diambil alih oleh teknologi. Kini ijazah atau PHD bukan jaminan anda untuk dapat pekerjaan tetapi minda terbuka dan positif dalam melihat peluang bakal menjamin kerjaya pada masa kini.

Antara peluang membina kerjaya adalah bidang keusahawanan dalam teknologi digital. Mari kita lihat, faham dan renungkan penerangan seterusnya berkaitan peluang perniagaan dalam pendidikan berasaskan teknologi masa kini.

Pasaran

Pendidikan adalah pasaran perniagaan yang stabil dan berterusan. Sebab itu Sasbadi Holdings Berhad atau lebih dikenali dengan jenama “SASBADI” sejak 1985 hanya berfokus dalam industri ini sehingga muncul sebagai satu ikon produk yang dipercayai dalam dunia pendidikan. Dengan pasaran lebih 4.7 juta murid, pendidikan menawarkan potensi perniagaan berkaitannya secara berterusan. Apatah lagi pendidikan adalah satu keperluan bukan pilihan sejak dahulu lagi.

Keperluan

Dunia terus berubah kesan kemajuan teknologi. Begitu juga pendidikan. Sasbadi juga sentiasa mengikuti perkembangan terkini. Sejak tahun 2010 lagi, Sasbadi telah melakukan kajian dan penyelidikan berkaitan teknologi dalam dunia pendidikan melalui anak syarikatnya, Sasbadi Online Sdn Bhd.

Bagi memenuhi keperluan pembelajaran digital lengkap dan interaktif selari dunia teknologi generasi masa kini, Sasbadi akhirnya melancarkan produk pembelajaran digital yang dinamakan iLEARN Ace

Peluang

Pada masa kini, jumlah murid di Malaysia berjumlah lebih 4.7 juta orang. Ia menyediakan nilai pasaran produk iLEARN Ace sekitar RM1.8 billion setiap tahun dan terus bertambah. Bagi memenuhi keperluan pasaran dan memastikan produk digital terbaik keluaran Sasbadi ini samapi ke tangan pengguna, Sasbadi melalui anak syarikatnya Mindtech Education Sdn Bhd menawarkan peluang keusahawanan kepada rakyat Malaysia yang tercari -cari peluang perniagaan terbaik sebagai kerjaya mereka.

Latihan Dan Bimbingan

Mindtech Education Sdn Bhd menawarkan latihan, bimbingan dan sokongan berterusan bagi memastikan individu yang menceburi perniagaan ini menjadi usahawan berjaya dan menjadi contoh kepada  masyarakat.

Mentor

Usahawan berjaya sedia ada juga akan membantu mereka yang baru dalam bidang perrniagaan ini sebagai mentor. Contohnya kumpulan NATnetwork yang dibangunkan oleh Cikgu Salleh antara kumpulan usahawan mula berjaya membimbing dan melahirkan usahawan berjaya.

Pilihan

Siapa kita hari esok bermula dengan pilihan dan tindakan kita pada hari ini. Peluang perniagaan ini bukan sahaja bakal merubah hidup individu yang menceburinya malah menjadi pemangkin perubahan generasin pewaris mereka.

Adalah sangat penting anda lihat potensi ini demi masa depan anda sebelum terlewat. Hadiri sesi seminar perniagaan ini seperti yang terdapat dalam jadual event.