Seringkas mungkin saya coretkan di sini. Agar tiada lagi yang tersilap ertikan antara konsep bisnes Multi Level Marketing (MLM) dan skim penipuan cepat kaya atau lebih dikenali sebagai skim piramid.
 
Hakikat orang kita terutamanya Melayu Islam, ramai yang skeptikal dengan MLM, di samping tak kurang juga yang cuba memburukkan MLM dengan cubaan menyamakan sistem MLM dengan Skim Piramid sedangkan ia berbeza sama sekali. 
 
Mungkin secara sedar atau secara tidak sedar, berilmu taupun tidak. Tapi beza sebenar antara keduanya sangat jauh seperti langit dan bumi!
 
Bukankah sebaik-baik cakap itu adalah yang bermanfaat. Maksud bermanfaat adalah percakapan yang berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang terbit dari sifat keadilan bukan berdasarkan nafsu dan kemahuan yang terbit dari sifat kebencian.
 
Firman Alah,"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" 
 
Dari segi perundangan, syarikat yang menjalankan perniagaan secara multi level marketing mesti berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen perniagaan jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. 
 
MLM ditakrifkan sebagai konsep perniagaan berteraskan pelan pemasaran berbilang tingkat (MLM). Peserta MLM termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan ini serta orang awam sama ada selaras dengan prinsip-prinsip syariah atau pun tidak.
 
Manakala Skim Piramid merupakan kegiatan promosi pulangan atau pembayaran bonus atau faedah lain atas semata-mata perekrutan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid. Jualan barangan, perkhidmatan atau harta bukanlah perkara utama dalam kegiatan utama tetapi yang lebih ditekankan adalah tawaran pangkat dan pulangan,
 
 
MLM berteraskan konsep kerja yang sama (duplikasi) yang diperkenalkan untuk matlamat sebenar memasarkan produk melalui rangkaian pengguna. Dengan ini MLM hanya menawarkan pulangan kepada mereka yang berusaha untuk memperkenalkan produk dan memasarkan manfaatnya.
 
 
Skim Piramid berteraskan kepada pelaburan peserta mengikut kedudukan/pangkat yang dijual dengan janjian pulangan berganda melalui/tanpa perekrutan ahli. Semakin ramai ahli semakin kayalah 'kepalanya'.
 
 
Dan ada juga individu yang menggunakan MLM sedia ada tetapi menawarkan janji manis berkaitan pulangan berganda dan kemewahan dengan pembelian pangkat tertentu melalui pembelian pakej produk dalam jumlah besar. Inilah perkara yang banyak merosakkan nama baik bisnes MLM sebenarnya di samping skim piramid yang sedia wujud dengan pelbagai bentuk dan kaedah.