Cuba fikir bila kali terakhir anda beli dan baca surat khabar? Majoriti pasti sudah tidak membelinya. Yalah kan. Dunia sekarang baca surat khabar pun secara online. Maklumat di hujung jari. Itu realitinya.

Itu diri kita yang lahir bukan di zaman teknologi sekitar era 70an dan 80an. Ramai di antara kita pun malas nak kutip ilmu secara tradisional iaitu melalui bahan-bahan bacaan fizikal. Tahukah anda, lagi 5 -10 tahun akan datang, bisnes atau bidang pekerjaan yang tidak wujud lagi adalah percetakan?

Jadi, kita yang bukan lahir zaman teknologi pun nak hidup dengan teknologi masa kini. Telefon pintar pun tak pernah lekang daripada diri kita. Tapi peliknya mengapa ramai yang lambat sedar cara didikan anak masa kini turut berubah. Mereka adalah pewaris kita yang lahir dalam dunia teknologi pesat berkembang.

Dunia anak-anak kita dunia digital. Dunia yang segala urusan berlaku dengan pantas. Jadi sebagai ibu bapa, kita perlu terokai ilmu sejajar dengan perkembangan dunia generasi yang berbeza dengan dunia kita masa kana-kanak dahulu.

Segalanya perlu bermula dengan cara didikan yang betul dan selari dengan dunia anak-anak kita kini. Jangan biarkan rasa rendah diri, tidak yakin, hilang fokus dan sikap negatif lain menyelubungi anak-anak kita apabila rakan mereka lebih hebat ke hadapan melalui adaptasi medium pembelajaran digital yang mula menguasai corak sosial pendidikan masa kini.