Sasbadi Online Sdn Bhd, yang diperbadankan pada tahun 2011, adalah anak syarikat milik penuh Sasbadi Holdings Berhad. Dengan semangat ingin membantu kanak-kanak Malaysia cemerlang melalui pendidikan, Sasbadi Online untuk terus berinovasi melahirkan produk-produk digital terbaru.

 

sasbadi online

 

Sasbadi Online disokong oleh tenaga kerja yang kreatif dan bersemangat membina kualiti pendidikan moden yang mampu memberi impak positif, berkesan dan memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih hebat untuk anak-anak masa anda masa kini.

Sasbadi Online sentiasa percaya bahawa pembelajaran adalah proses jangka hayat, dan sempadannya tidak terbatas. Dengan terciptanya pelbagai medium teknologi, pembelajaran tanpa sempadan menjadi satu realiti. Sasbadi Online bakal mejadi gerbang digital yang mendorong anak-anak anda meneroka pengalaman pembelajaran yang selamat dan ditapis.

Pengalaman 32 tahun Sasbadi Holdings Berhad sebagai syarikat dalam penerbitan berasaskan pendidikan di seluruh negara telah menjadi tonggak kekuatan Sasbadi Online Itulah sebabnya kualiti dititkberatkan dalam semua yang penghasilan yang lakukan, dari kandungan ke antara muka pengguna. Dengan gabungan kesemua elemen ini, Sasbadi Online menuju masa depan yang lebih besar dan cerah seiring masa depan anak-anak anda.