Komponen peta minda di dalam iLEARN Ace menyediakan satu pengalaman pembelajaran yang sangat menarik dan membantu pelajar merumus kembali pemahaman mereka berdasarkan topik yang dipelajari.

 

mind map ilearn ace

 

Stuktur konsep peta minda yang disediakan adalah mengikut silibus terkini. Dengan fungsinya fleksibel dan interaktif, ia membolehkan pelajar mengolah idea dan pemahaman mereka berkaiatan sesuatu topik dengan lebih kreatif.

Fungsi peta minda ini boleh disuaikan dengan pelbagai teks, bentuk atau warna. Bukan itu sahaja, pelajar boleh menambahkan pelbagai format fail seperti gambar, video dan animasi untuk menjadikan peta minda yang dihasilkan pelajar menjadi lebih hebat dabn menarik.

Fungsi ini sentiasa menawarkan pembentukan idea kreatif dan keseronokan yang mana akhirnya mampu menarik minat pelajar untuk terus belajar.

Pelajar juga boleh berkongsi idea mereka dengan rakan-rakan atau kenalan pengguna iLEARN Ace di seluruh Malaysia setelah hasil kerja mereka lulus melalui tapisan dan penilaian pihak Sasbadi Online. ini akan membina rasa yakin dan keinginan menjadi yang terbaik dalam diri pelajar.