Fungsi sistem ini sangat menarik. Ia mesra pengguna dan interaktif. Sistem ini disokong olen bank soalan yang mengandungi lebih 300 ribu soalan standard peperiksaan. Soalan yang tersedia memenuhi standard pembelajaran, topi dan format peperiksaan terkini.

 

penilaian ilearn ace

 

Sistem penilaian ini menyediakan kemudahan untuk pelajar membuat latih tubi bagi mengukuhkan ingatan dan pemahaman sesuatu topik. Apa yang pelajar perlu buat hanyalah pilih subjek. pilih topik yang nk dibuat (satu atau gabungan topik), pilih aras kesukaran dan klik mula.

Sistem penilaian akan menyediakan set soalan berdasarkan subjek, topik, dan tahap kesukaran yang dipilih oleh pelajar itu sendiri. Pelajar tidak akan menemui set latih tubi atau kertas ujian yang sama  walaupun mengulangi subjek, topik dan tahap kesukaran yang sama kerana set soalan dibina secara random berdasarkan kriteria pilihan dan sistem itu sendiri.

 

penilaian02 ilearn ace

 

Guru dan pelajar dapat terus menilai prestasi berdasarkan keperincian pencapaian kerana penandaan kertas dan janaan jawapan secara automatik. 

Selaras keperluan pelajar, sistem ini menawarkan praktis individu, pentaksiran sekolah, ujian lisan dengan rakaman audio dan juga kertas ujian bulanan/ tahunan. Format kertas peperiksaan sebenar juga tersedia untuk persediaan pelajar menghadapi peperiksaan sebenar.

 

penilaian lisan ilearn ace

 

Apa yang cukup dibanggakan, Sasbadi Online mejadikan iLEARN Ace dinamik dengan penambahan kertas ujian, kursus subjek secara percuma sebelum peperiksaan sebenar bermula tanpa sebarang caj tambahan.

 

dynamic ilearn ace

 

Dengan fungsi ini, ibu bapa dapat jimat kos pembelian buku latihan untuk anak-anak demi kecemerlangan mereka. Anak-anak pula seronok sebab ia lebih interaktif dan sentiasa memberi pengalaman pembelajaran yang baru untuk mereka.