MindTech Education Sdn Bhd ditubuhkan pada Jun 2015 dengan ibu pejabatnya terletak di Petaling Jaya. Syarikat ini merupakan salah satu anak syarikat milik penuh Sasbadi Holdings Berhad yang khusus menjalankan pemasaran produk jenama Sasbadi melalui konsep multi level marketing.

 

mindtechedu ilearnace

 

Dengan disokong oleh syarikat yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia pendidikan, MindTech cukup sensitif terhadap keperluan kompleks pelanggan dan memastikan kualiti produk sentiasa menjadi perkara paling penting dalam senarai keutamaan kami.

 

sasbadi09

 

MISI

Untuk mencipta pengalaman pembelajaran abad ke-21 yang mapan, memupuk kemahiran keusahawanan dalam minda generasi muda, dan melibatkan diri secara aktif dalam transformasi negara demi masa depan yang lebih cemerlang.

 

NILAI TERAS

  • Berpegang Teguh pada Misi dan Visi Kami
  • Memanfaatkan Masyarakat dan Membangunkan Negara
  • Meraikan Perbezaan dan Inovasi.
  • Berani untuk Memasang Impian.

 

sasbadi08

 

VISI

  • Menjadi Jenama Pendidikan No. 1
    Untuk menjadi pilihan utama pelajar, guru, dan ibu bapa pada abad ke-21 dengan memanfaatkan kecanggihan ICT bagi memberikan inspirasi kepada pelajar dan memberikan impak kepada landskap pendidikan negara.

 

  • Menjadi Platform Pemasaran yang Dinamik
    Untuk berkembang secara berterusan dengan memanfaatkan rangkaian yang kukuh bagi menentukan secara tepat serta menyediakan keperluan dan kehendak pasaran yang sentiasa berubah-ubah.

 

  • Menyediakan Pertumbuhan Lestari
    Untuk memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat dan memudahkan ahli kami dalam pertumbuhan peribadi yang berterusan sebagai satu cara untuk mencapai kejayaan yang mampan.