Terdapat 3 kategori akaun iLEARN Ace iaitu akaun pelajar guru dan ibu bapa. Untuk akaun pelajar dan guru diberikan akses secara percuma selama 7 hari untuk lihat dan cuba akses fungsi yang ada. Jadi daftarlah segera untuk lihat sendiri fungsi-fungsi yang bermanfaat terdapat dalam iLEARN Ace. Rujuk panduan di bawah untuk daftar secara percuma.

 

Pertama sekali, anda perlu ke laman portal iLEARN Ace di https://ilearnace.com. Klik pada Pengguna Baharu? Daftar atau klik pada ikon Percubaan Percuma 7 hari.

laman utama ilearnace

 

Klik pada akaun yang dipilih.

pilihan akaun ilearnace

 

Isikan maklumat yang diperlukan. Guna maklumat diri sebenar pelajar/ guru

daftar akaun pelajar ilearnace

Rujukan panduan

Kod Agen MY57524810
ID Pengguna Cipta ID anda sendiri. Contoh : anakbijak70
Kata Laluan Cipta kata laluan sendiri. Minimun 6  aksara. Sebaiknya gabungan angka dan huruf. Contoh : syakira5464
Taip Semula Kata Laluan Taip semula kata laluan yang telah dicipta
Nama Penuh Masukkan nama penuh anak (jika akaun pelajar) nama penuh guru (jika akaun guru)
Jantina Pilih jantina penama akaun
Tarikh Lahir  Masukkan tarikh lahir penana akaun.
Emel Masukkan emel ibu bapa/ guru. Penting untuk reset kata laluan jika terlupa.
No Telefon Masukkan no telefon ibu bapa (jika akaun pelajar) no telefon guru (jika akaun guru)
Negeri (Sekolah) Pilih negeri lokasi sekolah.
Sekolah Saya Taip dan pilih nama sekolah semasa.
Kelas Pilih tahun semasa - Tahun @ Tingkatan
Nama Kelas Isikan nama kelas semasa. Contoh : Ibu Sina, Bijak dan sebagainya.
Captcha Isikan huruf atau angka yang dilihat daripada imej sekuriti.

 

Semak kembali maklumat yang telah anda isikan. Setelah berpuas hati dengan ketepatan maklumat, tandakan pada syarat dan terma dengan mengklik kekotak tersebut. Anda boleh hantar permohonan daftar dengan mengklik button daftar. Pendaftaran anda berjaya sekiranya ada pengesahan dalam 30 saat selepas permohonan dihantar.

Anda boleh login iLEARN Ace mengguna ID dan kata laluan yang anda cipta sewaktu mendaftar tadi. Anda boleh lihat segala fungsi dan manfaat iLEARN Ace untuk anak-anak anda. Namun, akses adalah terhad kerana ia hanya tempoh percubaan.

Untuk aktifkan akaun tersebut bagi mendapatkan akses penuh, anda perlu dapatkan kekunci produk dengan membuat langganan. Sila rujuk bahagian langganan secara atas talian. Kekunci produk akan dihantar melalui emel dan whatsapp anda.

Mudah kan? Jadi mohon sebarkan dan kongsikan manfaat ini kepada rakan-rakan, kenalan dan masyarakat umum untuk kebaikan bersama. Terima kasih.